Posts

Showing posts from August, 2012

Cara orang Cina berniaga (Rahsia 2)

Image
Selamat bertemu kembali.. Pada siri kali ini saya ingin berkongsi rahsia kedua bagaimana orang cina menjalankan perniagaan mereka . Satu dari kelebihan Persatuan peniaga Cina (saya tak pasti apa nama persatuan tersebut), mereka membuat 1 permuafakatan bahawa harga bagi setiap makanan dan minuman hendaklah seragam  bagi setiap kedai makan. Perkara ini perlulah kita sebagai peniaga dan pengusaha kedai makanan ambil berat kerana penulis mendapati bahawa harga bagi setiap kedai yang pernah dikunjungi adalah tidak seragam bahkan terdapat perbezaan harga yang begitu ketara.  Namun perlu diingatkan juga bahawa kualiti makanan yang disediakan perlulah sama nilai dengan harga yang ditetapkan dan bukan hanya makanan saja yang mahal tapi rasa makanan pula sebaliknya. Selamat mencuba...

Aktiviti sihat untuk kanak-kanak semasa hari raya

Image
 Pasti ada antara kita yang inginkan kelainan bagi menyambut tetamu yang berkunjung ke rumah sempena hari raya ini.  Berikut adalah cadangan aktiviti untuk menyambut tetamu yang menziarahi kita di hari lebaran ini. Buat aktiviti mewarna bagi kanak-kanak: Saya melihat sendiri bahawa pada masa sekarang, ramai yang menyajikan tontonan hiburan seperti kartun dan juga filem kepada tetamu yang membawa anak-anak kecil.  Apa kata cuba tukarkan kepada aktiviti mewarna dalam kalangan mereka!   Selamat mencuba ...

Minggu Kemanusiaan SMK Serian 2012

Image
Landskap ala-ala air terjun ni memang menarik perhatian kepada pengunjung yang melawat pameran  oleh panitia Seni Visual sempena minggu Kemanusiaan SMK Serian 2012.  Jika dilihat, pereka telah membuat sebuah banner yang bercorakkan hidupan akuatik serta pemandangan air terjun. Landskap ini bertambah cantik dengan adanya air terjun (guna water pump) yang menghidupkan suasana perkelahan dan santai kepada pengunjung yang tiba.   Kasut yang dicat oleh pelajar sendiri.. sangat menarik serta kreatif

Cara orang Cina berniaga (Rahsia 1)

Image
Salam sejahtera. Apa khabar sidang pembaca sekalian. Pada artikel kali ini saya ingin memberikan sedikit pandangan bagaimana orang Cina di Malaysia berniaga. Pada hemat penulis, artikel ini boleh dijadikan sebagai satu kaedah untuk kita memajukan perniagaan sendiri tidak kira kecil mahupun besar. Tips 1: Setiap pemandu bas yang membawa sekumpulan pelancong atau penumpang akan diberikan makan percuma! Penulis pernah mendengar sendiri beberapa orang pemandu bas di negeri Sarawak memaklumkan perkara ini kepada saya sendiri.  Antara tempat yang penulis masih ingat adalah di Kawasan Rehat Layar (Betong) dan Selangau. Kaedah yang digunakan oleh peniaga Cina ini sangat mudah iaitu jika pemandu bas tersebut singgah di kawasan perniagaan mereka, pemandu tersebut akan diberikan set makanan percuma (pilih sendiri).   Ini kerana mereka membawa rezeki (penumpang yang kelaparan dan kehausan). Bayangkan b erapa sangatlah kos makan driver tersebut (paling mahal kita anggarkan RM5-7

Bagaimana memulakan perniagaan sendiri (Siri 3)

Image
Salam sejahtera sidang pembaca sekalian, pada penulisan yang lepas saya telah membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan memulakan perniagaan sendiri.  Pada kali ini, saya akan memberikan lagi beberapa panduan yang boleh digunakan sebagai strategi membuka perniagaan sendiri. Berikan insentif kepada pekerja anda: Jika anda mempunyai sebuah kedai makan, sudah tentu ada pelayan (waiter / waitress) diperlukan untuk melicinkan lagi perniagaan anda.  Antara cadangan saya pada kali ini ialah, kita memberikan insentif atau ganjaran kepada pekerja kita.  Begini cara: Pekerja Jika pekerja anda mengambil pesanan dari satu-satu meja, maka anda berilah ganjaran kepada pekerja tersebut. Contoh: 1 meja pelanggan x RM0.20 sen *Maka pekerja anda tidak ada yang curi tulang, malah berlumba-lumba mengambil pesanan dari pelanggan. **Biasanya untuk kedai makan, rata-rata mempunyai 10-20 meja makan  Perkara ini jarang kita dapati di kedai-keda