Posts

Showing posts from June, 2012

Bagaimana memulakan perniagaan sendiri (Siri 2)

Image
Mulakan dengan menjual dalam kuantiti yang sedikit dahulu Sebelum menjual barangan secara besar-besaran, anda haruslah memastikan status barangan tersebut.  Maksudnya, anda perlu tentukan sama ada barangan anda : Barangan keperluan Barangan aksesori Melalui pemerhatian secara ringkas ini, anda dapat memastikan bahawa barangan tersebut mempunyai market yang besar atau sebaliknya. Jika menjual barangan dalam kuantiti yang sedikit dahulu, anda akan mengetahui permintaan (demand) terhadap barangan tersebut.  Perkara ini akan menyelamatkan barangan anda daripada tidak terjual dan berlonggok di stor ataupun rumah anda. Penulis mendapati bahawa ada peniaga yang membeli barangan secara pukal kerana beranggapan bahawa barangan tersebut adalah barangan keperluan, sedangkan barangan tersebut adalah barangan aksesori / tambahan sahaja.  Ini akan merugikan mereka dari segi modal dan tenaga.   Semoga perkongsian ini membawa manfaat bersama. **Penafian ; Penulis han

Affiliate program : Membantu atau sebaliknya?

Image
Affiliate program sudah tentu menjadi pilihan kepada blogger untuk mencari side income.  Namun apa yang menariknya, sejauh mana program ini betul-betul membantu anda menjana pendapatan sampingan. Penulis berpendapat bahawa sistem affiliate ini seharusnya dan seboleh-bolehnya membantu rakan affiliate mereka dan bukannya mendapat keuntungan atas angin. Hujah pertama, penulis berpendapat bahawa pembahagian upah haruslah dibayar setiap bulan dan bukannya dibayar setelah mencapai limit yang tertentu (contohnya seperti jika sudah terkumpul RM50 barulah kita dibayar) . Ini kerana ada kebanyakan komisyen yang diberikan untuk menjual sesuatu produk hanya sekitar 10% ke 50% (jarang-jarang). Bayangkan jika anda hendak mencapai tahap RM50, sudah tentu belum sampai RM10 anda sudahpun berputus asa. Maka dengan ini, penulis mengharapkan kepada mereka yang menjalankan affiliate seharusnya lebih bersifat win-win kepada rakan affiliate masing-masing. Jangan hanya menangguk di air yang k