Posts

Showing posts from December, 2011

Berniaga cara Saidina Abdul Rahman Bin Auf (Tokoh Islam)

Image
Berikut adalah tips perniagaan yang boleh kita ambil dari seorang korporat Islam yang amat tersohor dalam bidang perniagaan iaitu Saidina Abdul Rahman Bin Auf: Sikit, tapi untung Konsepnya mudah, untung sedikit tetapi dalam kuantiti yang banyak . Setibanya Saidina Abdul Rahman berhijrah dari Mekah ke Madinah, beliau ditawarkan oleh seorang saudaranya yang baru sama ada mahu memiliki kekayaan atau isterinya, namun beliau lantas memilih agar ditunjukkan sahaja di mana letaknya pasar. Dari situ, beliau memulakan perniagaan menjual unta. Harga unta yang dijual hanya 1000 dirham (tiada untung kerana harga kos unta adalah 1000 dirham juga!). Cuba teka? Di mana keuntungan itu diperolehi? Jawapannya, beliau hanya mengambil untung atas jualan tali yang mengikat unta tersebut!   Bayangkan beliau dapat menjual 1000 ekor unta dalam masa sehari sahaja. Untungnya? 1000 upah tali x 1 dirham = 1000 dirham Banyakkan sedekah atau infak Berapa ramai antara kita yang selalu bersedeka

Buat duit dengan homestay atau kediaman anda!

Image
Salam saudara dan saudari, anda masih mencari website tempatan untuk promosikan homestay, bilik untuk disewa (short term) ataupun budget hotel? Kini anda boleh melakukannya dengan mudah melalui HomeStayr.my yang mana ditujukan khas untuk para pengguna tempatan untuk menyenaraikan homestay, bilik jangka pendek dan budget hotel untuk disewa melaluinya.   Antaramuka utamanya juga turut memudahkan para pengguna mencari bilik mengikuti lokasi dengan mudah. Dengan design yang ringkas serta perkhidmatan 'listing' percuma, nyata memberi banyak kemudahan kepada pengguna. Sila kunjungi HomeStayr.my untuk maklumat lanjut.

Tips buat duit dengan blog (Siri 1)

Image
Banyak teknik yang telah dibincangkan oleh pakar blog di dalam penulisan mereka.  Ada  yang telah mendapat pendapatan yang berlipat kali ganda tanpa had hampir setiap hari.  Pada penulisan kali ini, saya akan memberikan tipsmembuat duit dengan blog anda secara percuma: Anda memiliki sesuatu yang orang lain perlukan Dalam blog, ada perkara yang sering dilupakan oleh penulis blog iaitu pembaca memerlukan sesuatu dari blog mereka.  Sebagai contoh, jika pembaca inginkan tips berkenaan cara penjagaan kereta , sudah tentu blog yang mempunyai tips tersebut akan dilawati dan pembaca bersungguh-sugguh untuk memahami artikel anda. Contoh yang lain adalah seperti blog yang memberikan tips-tips pembinaan blog, cara meningkatkan SEO, kod-kod widget akan mudah dilawati oleh pembaca yang lain kerana mereka memerlukan panduan untuk membina blog masing-masing. Sebagai contoh anda boleh lihat blog Calipso . Selain itu, jika blog anda mempunyai isi kandungan ataupun meliputi sesuatu