Posts

Showing posts from May, 2011

Cara mengetahui tayar pancit

Image
Perkara yang sangat penting dalam memandu ialah mempunyai tayar yang baik serta mampu mencengkam ketika diperlukan. Namun, ada ketika tayar yang dipandu akan menjadi pancit atau pecah semasa pemanduan dijalankan. Berikut adalah tips untuk mengetahui tayar pancit:  Sebelum memandu, sila lihat keempat-empat tayar anda (Pastikan anda parking di tempat yang rata supaya dapat melihat sekiranya ada perbezaan yang berlaku pada mana-mana tayar) Semasa memandu, anda melihat ada pemandu lain yang menunjuk-nunjuk ke arah tayar anda. Itu adalah tanda bahawa sesuatu telah berlaku pada tayar anda (teknik ini juga digunakan oleh penjenayah supaya anda memberhentikan kereta! Hati-hati! Berhenti di kawasan yang sesuai) Pandu dengan perlahan (sekitar 10-20 km/j) dan lepaskan stereng anda beberapa saat. Jika stereng beralih ke kanan beberapa kali setelah anda meletakkannya dalam keadaan seimbang, itu bermakna tayar anda mungkin pancit. [Peringatan : Jika stereng selalu ke kiri atau ke kanan, j

Panduan menjadi seorang guru : Mempunyai kesabaran dalam mendidik (Siri 2)

Image
Masih terngiang di benak fikiran saya semasa zaman persekolahan dahulu, Ustazah Habibah yang sering mengingatkan agar kami senantiasa solat walau di mana kami berada.  Pada ketika itu, tidak tergerak pun hati untuk menunaikan kewajipan tersebut.  Mungkin inilah yang dinamakan sebagai hidayat, akhirnya setelah diingatkan banyak kali, tanpa jemu dan mengenal penat lelah akhirnya saya sudah mampu melakukan ibadah solat walaupun tidak lengkap 5 waktu. Begitulah hakikatnya dunia pelajar dan remaja.  Mereka hendaklah dipesan setiap waktu walaupun pelajar sudah mengetahui perkara terbabit.  Kita sebagai guru hanya mampu mendidik serta memberikan tunjuk ajar.  Hanya Allah sahaja yang mampu memberikan hidayat dan petunjuk.

Panduan menjadi seorang guru : Menguasai ilmu pengetahuan (Siri 1)

Image
Seorang guru mestilah menguasai ilmu terutamanya dalam mata pelajaran yang diajar di sekolah.  Ini kerana, seringkali pelajar akan bertanya soalan yang berada di luar rangkuman silibus (sukatan pelajaran) . Selain itu, antara kepentingan memiliki penguasaan yang baik dalam sesuatu ilmu akan menjadikan guru tersebut mudah untuk menghubungjalin (link) sesuatu tajuk dengan isu semasa. Jika guru dapat memberi kefahaman kepada pelajar di dalam kelas, itu adalah lebih baik berbanding dengan hanya pelajar mampu mengingat semula fakta yang telah diajar.  Ini kerana pelajaran yang mampu diaplikasikan dalam kehidupan seharian akan menjadi lebih bermakna dan berkekalan kesannya terhadap kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, jika pelajar hanya menghafal bacaan dalam solat, tetapi tidak dapat melakukannya ibadat tersebut dengan betul serta khusyuk, maka sudah tentu objektif pelajaran hanya dapat dicapai di atas RPH (Rancangan Pengajaran Harian) sahaja dan bukannya di luar kelas.