Nilai Cinta : Kupasan sebuah drama Melayu

Kali ini saya ingin memberikan sedikit kupasan mengenai drama "Nilai Cinta" yang ditayangkan di TV2. Drama ini berkisarkan seorang ayah yang menjaga anak angkatnya (seorang perempuan).

Malang tidak berbau, anak perempuan tersebut telah terbabit dalam satu kemalangan dan mengakibatkan dia lumpuh. Keadaan bertambah buruk kerana orang kampung sibuk mengata bagaimana hubungan kedua anak beranak tersebut kerana mereka hanyalah anak angkat dan ayah angkat sahaja

Dipendekkan cerita, Arash berkahwin dengan Elly bagi memudahkan  urusan seharian seperti memberi mandi dan menjaga
anaknya yang lumpuh. Namun pernikahan tersebut tidak berkekalan lama disebabkan isteri baru Arash telah menyiksa anak tersebut dari segi jasmani dan emosinya. 

Setelah perceraian tersebut, kawan si Arash (Ebby Yus) menasihatkan beliau agar berkahwin dengan anak angkatnya demi menjaga batas aurat dan pergaulan mereka. Tidak lama kemudian, maka berkahwinlah Arash dan anak angkatnya.

Terdapat konflik atau permasalahan yang terdapat dalam cerita ini iaitu:
  1. Adakah seorang ayah angkat boleh mengahwini anak angkatnya sendiri?
  2. Apakah gelaran atau panggilan sekiranya mereka berkahwin? Hendak panggil ayah atau abang (panggilan manja untuk suami)
  3. Sekiranya anak angkat tersebut berkahwin dengan lelaki lain, adakah beliau masih mempunyai hubungan nasab / pertalian dengan ayah angkat tersebut?
  4. Jika berkahwin, adakah si ayah boleh menjadi wali kepada anak angkatnya?
*Cerita ini berakhir dengan babak di mana Arash rupa-rupanya hanya bermimpi panjang. Telemovie ini sangat menarik dan membawa persoalan yang boleh dijadikan bahan kajian untuk pendidik dan boleh dijadikan contoh semasa P&P (Pengajaran & Pembelajaran) guru.

Telemovie ini dilakonkan oleh Arash Mohamad dan Nabila Huda

Comments

  1. maaf, cerita ni main kat RTM. copyright masih terpelihara.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana menceritakan sipnosis cerita ini. Sebenarnya saya dan adik tak dapat nak teruskan menonton cerita ini,kami tgk sampai part si anak dan si ayah bernikah...
    Memandangkan kami masih ingin tahu pengakhiran cerita ini,kami tgk semula 10 minit sblm cerita berakhir dan apa yg kami sempat tgk hanyalah orang jabatan kebajikan datang ke rumah mrk..Pokoknya,kami tak dapat nak tahu apakah pengakhiran cerita ni...-_-

    ReplyDelete
  3. akhir cerita, semua mimpi je... netul la tu, yg akhirnya ada pihak kebajikan datang

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Memberi kepercayaan kepada pelajar : Guru boleh bantu pelajar yakin pada diri