Posts

Showing posts from February, 2011

Bagaimana memulakan perancangan kewangan di awal perkahwinan secara bijak

Image
Banyak perkahwinan mengalami kegoyahan kerana perancangan kewangan yang lemah serta kelemahan berkomunikasi antara pasangan mengenai status kewangan mereka. Mari kita mulakan dengan memberikan nafas baru terhadap perhubungan suami isteri melalui tips-tips yang akan disampaikan di bawah. Beberapa tips yang akan diberikan mungkin agak radikal (drastik), namun berkesan jika dilakukan dengan cara yang betul. Mulakan dengan sampul penjimatan dan berkomunikasi mengenai kewangan setiap minggu Yang dimaksudkan dengan sampul penjimatan ialah mengadakan satu tabung atau apa-apa sahaja yang boleh diletakkan bajet / wang anda di dalamnya. Antara kelebihannya ialah anda mampu mengesan ke manakah duit anda keluar dan masuk. Dengan kata yang lain, fungsinya adalah untuk mengesan dan mengawal (tracking and controlling). Kebanyakan pasangan yang berkahwin menggunakan cara ini untuk mengesan ke mana duit mereka dibelanjakan. Sebagai contoh, jika ingin membeli barang keperluan rumah di pasara

Kemahiran serta teknik bertanya di dalam kelas

Image
Kemahiran bertanya merupakan salah satu dari perkara yang perlu dititikberatkan oleh guru-guru. Apabila seseorang guru bertanya, pelajar akan diuji mengenai pelajaran yang diajar disamping mampu memberikan analisis serta pendapat mereka sendiri. Malangnya, kebanyakan guru lebih kerap menggunakan soalan aras rendah “lower-order question” seperti menyemak sama ada pelajar mengingati fakta ataupun adakah pelajar telah membuat kerja rumah mereka. Teknik bertanya yang baik di dalam kelas akan mampu meningkatkan motivasi dan menaikkan mutu pembelajaran pelajar. Sekiranya guru menggalakkan pelajar bertanya semasa P&P (Pengajaran dan pembelajaran), perkara ini akan mengelakkan dari kekerapan berlakunya P&P berpusatkan guru sahaja. Pengenalan Kebanyakan guru bertanyakan soalan bagi menyemak apa yang pelajar tahu serta ingin mengertahui sama ada mereka telah menghafal fakta. Sebaliknya, guru boleh menggunakan soalan-soalan untuk mengenalpasti kelompangan (learning gaps) dalam

Nilai Cinta : Kupasan sebuah drama Melayu

Image
Kali ini saya ingin memberikan sedikit kupasan mengenai drama "Nilai Cinta" yang ditayangkan di TV2. Drama ini berkisarkan seorang ayah yang menjaga anak angkatnya (seorang perempuan). Malang tidak berbau, anak perempuan tersebut telah terbabit dalam satu kemalangan dan mengakibatkan dia lumpuh. Keadaan bertambah buruk kerana orang kampung sibuk mengata bagaimana hubungan kedua anak beranak tersebut kerana mereka hanyalah anak angkat dan ayah angkat sahaja Dipendekkan cerita, Arash berkahwin dengan Elly bagi memudahkan  urusan seharian seperti memberi mandi dan menjaga

Uji minda anda...

Image
Bagaimanakah anda hendak menyambungkan 2 tali berkenaan? Soalan ini dikemukakan di dalam salah sebuah buku Sternberg.

Kecerdasan triarchic Sternberg - Siri 3

Kecerdasan Praktikal (Contextual Intelligence) Ada sesetengah orang yang mampu mengadaptasi diri mereka di dalam apa sahaja situasi yang dituntut dalam lingkungan mereka.   Mereka yang mempunyai kecerdasan ini pandai mengorak langkah untuk berjaya di dalam hidup   Kecerdasan praktikal berlaku apabila kita menggunakan ataupun mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ke dalam konteks dunia yang sebenar .    Sebagai contoh; Ali belajar bahasa Inggeris di dalam kelas.  Apabila Ali pergi melancong di luar negara, beliau menggunakan bahasa Inggeris tersebut untuk berinteraksi dengan orang-orang di tempat berkenaan.    

Kecerdasan triarchic Sternberg - Siri 2

1.        Kecerdasan Pengalaman  (Experiental Intelligence) Kecerdasan ini bolehlah dijelaskan ertinya dengan kreativiti.   Kecerdasan ini bolehnya dilihat sebagai kebolehan untuk mengatasi situasi baru lantas mempelajari dari situasi tersebut.  Dalam erti kata yang lain, individu yang berpengalaman akan lebih cekap dalam memproses maklumat dalam situasi baru .   Sebagai contoh;                  Jika pelajar diberi suatu tugasan baru yang mempunyai kaitan dengan mereka , pelajar-pelajar yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam kecerdasan pengalaman akan dapat belajar dengan cepat , menggunakan strategi yang sesuai secara automatik dan cekap tanpa membuang masa.   Komen :   Dalam situasi semasa Pengajaran & Pembelajaran, pelajar akan mudah memahami sesuatu tajuk yang diajar oleh guru jika tajuk berkenaan berkait rapat dengan kehidupan mahupun persekitaran mereka.   Sebagai contoh,

Kecerdasan triarchic sternberg - Siri 1

Image
Salah satu  kecerdasan yang diutarakan oleh Sternberg ialah: Kecerdasan analitik (Componential intelligence ) Kecerdasan seseorang individu dalam bidang akademik bolehlah dipanggil sebagai kecerdasan analitik Kecerdasan analitik digunakan untuk mengenali dan memecahkan masalah , merumuskan strategi , menyusun dan menyampaikan maklumat . Kecerdasan analitik melibatkan tindakan menganalisis , membanding serta menilai .  Sebagai contohnya; Pelajar membuat latihan matematik  Di dalam proses menyelesaikan masalah matematik, pelajar akan menganalisis maklumat yang diberikan .  Kemudian membuat gerak kerja penyelesaian mengikut formula tertentu