Posts

Showing posts from August, 2010

Kasih sayang seorang ayah dalam filem “I am Sam”

Image
Sebuah filem yang sangat menyayat hati bagi sesiapa sahaja yang menontonnya. Kisah seorang bapa yang mempunyai ketidakupayaan ( developmental disability ) yang membataskan peranannya dalam mendidik seorang anak yang semakin membesar dan berkembang pemikirannya. Perkara ini bertambah rumit apabila pihak kebajikan telah mengambil keputusan untuk menyerahkan hak jagaan (custody) kepada keluarga angkat yang lebih berkelayakan. Dengan keupayaan dan kemampuan yang terbatas, Sam Dawson (dilakonkan oleh Sean Penn) mencari peguam untuk membantu beliau mendapatkan semula hak penjagaan ke atas anak perempuannya. Antara pengajaran yang boleh diambil dalam filem ini ialah: 1. Kasih sayang itu tiada batasnya Haiwan yang tidak berakal sekalipun, tidak akan membiarkan anaknya mati kelaparan ataupun diancam oleh sesuatu anasir jahat. Inikan pula seorang manusia yang mempunyai akal fikiran oleh tuhan yang Esa. Sudah tentu bapa yang mendalam kasihnya pada anak, tidak sanggup me

Tips untuk suami isteri (Edisi Solat Tarawih)

Bulan Ramadhan merupakan bulan untuk semua umat Islam beribadah. Segala pintu keampunan dan rahmat terdapat dalam bulan yang penuh dengan barakah ini. Namun apa yang menyedihkan, ada sahaja pengorbanan yang tidak sepatutnya berlaku di dalam rumahtangga . Apabila ditanya kepada isteri  “Mengapa tak buat tarawih secara berjemaah kat surau?” Jawab isteri “Mana nak buatnya, suami dah pergi, siapa lagi nak jaga anak-anak” * Keadaan di atas sepatutnya  win-win situation  kerana Ramadhan hanya setahun sekali dan suami isteri kalau boleh digalakkan sama-sama mendapat fadhilat Ramadhan *Biarlah suami  isteri itu beroleh pahala yang diganjari oleh Allah SWT bersama-sama   Antara solusi / cadangan yang boleh kita lakukan terhadap masalah ini ialah dengan mewujudkan suatu kaedah giliran dalam solat tarawih. Sila rujuk jadual di bawah. Rakaat (Tarawih) Suami Isteri 2 Solat tarawih berjemaah Jaga anak kecil