Tips simpan duit / belanja duit gaji

Mungkin anda pernah membaca atau mendengar pelbagai tips yang diberikan oleh pakar kewangan dalam pengurusan kewangan.  Namun saya ingin menambah beberapa tips berdasarkan pengalaman saya sendiri atau pengalaman rakan yang lain sebagai perkongsian bersama.

Simpan duit gaji + Side income + Jana Duit

 

Belanja duit gaji

Koperasi

 

Buat pelaburan di Koperasi sekolah (bagi guru). Pulangan yang akan didapati dianggarkan melebihi 10% dan adalakala boleh mencecah hingga 17%.

 

Tiada risiko yang tinggi macam saham. Genap setahun, duit boleh ambil balik atau labur semula.

 

*Melabur pada sumber yang baik, menjamin kesejahteraan hidup!

Guna prepaid

 

Gunakan prepaid. Guna bila perlu. Tidak semua perkara perlukan anda membuat panggilan.  Jika prepaid habis, anda masih boleh terima panggilan.

 

Beli top up prepaid yang berharga RM5 (hotlink) dalam 6 keping (RM5 x 6 = RM30) dan letakkan dalam wallet.  Guna bila perlu!  Anda akan menikmati penjimatan yang memberangsangkan!

 

*Hujung bulan tidak perlu runsing-runsing nak bayar bil yang melambung!

 

Takaful

 

Terdapat pelbagai pelan takaful yang dikendalikan oleh operator takaful di Malaysia.  Rata-rata operator takaful ini menawarkan skim simpan & perlindungan.

 

Baru-baru ini, takaful yang saya ambil (MAA Takaful), memberikan surplus.

 

[Simpan + Perlindungan + Keuntungan]!

 

Biar duit gaji / simpanan dalam bank

 

Hasil pengamatan saya, sebanyak mana duit dalam wallet anda, sebanyak itulah nafsu anda berbelanja!

 

Katakan dalam wallet ada RM5, nak pergi mana-mana pun berfikir panjang.  Nak beli makan kat luar pun anda mundar-mandir berkali-kali depan kedai tu (cium bau je)... hehe

 

Jika ada RM100 dalam wallet, bayangkan macam-macam perkara anda nak buat.

 

Tonton wayang, makan di KFC ,belanja kawan-kawan,dan etc...

 

  *Keluarkan duit bila perlu

*p/s : Pakcik guard senantiasa jaga duit anda!

 

Perniagaan mini

 

Anda anda duit lebih? Anda anda kanopi? Ada stall?

 

Anda boleh upah pelajar yang baru habis SPM atau graduan menganggur. Tidak perlu ambil untung yang banyak, anda ambil dalam 30% dari keuntungan pun sudah memadai.

 

*Kebiasaannya budak lepasan SPM ini memang tercari-cari kerja sementara tunggu result diumumkan!

 

[Contoh : Untung sehari = RM100]

[30% = RM30]

[RM30 x 30 hari = RM900]!

 

*Situasi win-win, anda tolong orang lain, keuntungan berkali ganda, pahala pun dapat!

 

Guna italk

 

Kepada anda yang kaki borak, saya sarankan gunalah italk.

 

Antara kelebihannya ialah:

1.       Kadar rata penggilan

2.       Anda mengetahui berapa tempoh masa untuk bercakap (Anda akan dimaklumkan macam ni .. tempoh panggilan yang dibenarkan  40 minit 30 saat). So, anda boleh estimate (anggar) masa bercakap. In the nut shell, boleh save budget.

3.       Tempoh luput yang agak lama

4.       Boleh dibeli dengan dominasi RM10, RM20 dan etc...

 

Semoga tips yang ditulis ini mendapat manfaat. 

Sebarang copy paste adalah diharuskan selagi anda beri kredit pada penulisan yang tak seberapa ni.. syukran/thank u/ terima kasih..

 

Comments

  1. Nasihat yang berguna...jom baca cara simpan duit gaji agar nilainya tidak dirompak oleh inflasi di:
    http://publicgold999.blogspot.com/2011/11/beli-emas-sinonim-dengan-beli-rumah_18.html

    ReplyDelete
  2. okey, sudah bukak link yg diberikn

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Memberi kepercayaan kepada pelajar : Guru boleh bantu pelajar yakin pada diri

Nilai Cinta : Kupasan sebuah drama Melayu