Posts

Showing posts from July, 2010

Tips simpan duit / belanja duit gaji

Mungkin anda pernah membaca atau mendengar pelbagai tips yang diberikan oleh pakar kewangan dalam pengurusan kewangan.  Namun saya ingin menambah beberapa tips berdasarkan pengalaman saya sendiri atau pengalaman rakan yang lain sebagai perkongsian bersama. Simpan duit gaji + Side income + Jana Duit   Belanja duit gaji Koperasi   Buat pelaburan di Koperasi sekolah (bagi guru). Pulangan yang akan didapati dianggarkan melebihi 10% dan adalakala boleh mencecah hingga 17%.   Tiada risiko yang tinggi macam saham. Genap setahun, duit boleh ambil balik atau labur semula.   *Melabur pada sumber yang baik, menjamin kesejahteraan hidup! Guna prepaid   Gunakan prepaid. Guna bila perlu. Tidak semua perkara perlukan anda membuat panggilan.  Jika prepaid habis, anda masih boleh terima panggilan.   Beli top up prepaid yang berharga RM5 (hotlink) dalam 6 keping (RM5 x 6 = RM30) dan letakkan dalam wallet.  Gu

Pekerjaan yang boleh dilakukan oleh seorang isteri / ibu dirumah

Data entri.  Pekerjaan ini memerlukan anda untuk mengisi borang-borang ataupun membuat spreadsheet dari dokumen mahupun dari laman web.  Kerjanya memang tidak sukar, namun harus berhati-hati dengan scam (skim dapat duit yang tidak telus).  Pendapatan yang dijana tidaklah seperti yang selalu digembar-gembur oleh beberapa iklan.  Anda boleh rujuk artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penipuan yang sering terjadi dan telah merugikan banyak individu yang tidak berhati-hati.  http://asiaparttime.com/blog/asiaparttime/how-to-tell-if-a-data-entry-job-is-a-scam/ Menulis.  Jika anda berminat menulis (tidak kisah apa-apa genre), anda mungkin boleh menjana pendapatan pasif.  Contohnya Dewan Bahasa & Pustaka seringkali mencari penulisan-penulisan baru dan jika terpilih, mereka akan diberikan honararium.  Untuk maklumat lanjut, sila rujuk surat khabar tempatan seperti Utusan Sarawak di bahagian selitan ataupun melayari sesawang DBP sendiri. Se

Pump Attendant : Tiada kerja yang mudah (Episod 1)

Belajar tinggi-tinggi, tapi kerja tak dapat-dapat. Kalau macam tu, baik duk berniaga je. Nah, lihatlah hasilnya, duit masuk, hati senang.  Apa guna memerah otak sedangkan hasilnya kita tak dapat? Begitulah luahan hati saya ketika mula-mula menamatkan pengajian Ijazah sarjana Muda sekitar tahun 2007 dulu.  Bukan memilih pekerjaan, tapi entah di mana silapnya.  Mungkin ini suatu ujian dari tuhan yang ingin menguji hambanya yang beriman.  Ujiannya  mempunyai sejuta hikmah yang tidak terjangkau pemikiran manusia untuk memikirkannya. Suatu petang, ketika  hendak solat Asar.. tiba-tiba.. Hello? Boleh bercakap dengan Encik Abg Isaifuddin?   Hello, saya bercakap.   Saya dari Stesen Petronas (sekitar Kuching).  Encik dapat datang temuduga tak sekarang?   Hmmm, maaf cik, sekarang hujan lebat saya tak dapat ke sana.  Lagipun takda transport   Ok, kalau keadaan macam ni, nanti bagaimana semasa bekerja?  Tentu lag