Posts

Showing posts from June, 2010

Kawan, jom join WOU...

Image
wawasan bag Originally uploaded by abangisaifuddin Dua hari yang lepas saya berpeluang untuk menghadiri satu preview yang dikelolakan oleh Wawasan Open University . Al-maklum la WOU ni masih baru lagi, sudah tentu pembawaan yang ingin dibawa berbeza dengan universiti2 yang lain. Semasa preview tersebut, kami telah diterangkan dengan tujuan penubuhan Wawasan Open University iaitu semua orang mempunyai kesaksamaan peluang ( equal opportunity ) untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang mereka minati. Semasa sesi soal jawab (Q&A session), saya bertanya kepada salah seorang pegawai yang terlibat memandangkan saya sendiri tidak pasti apa yang saya akan dapat jika (what I will gain) saya menuntut di institusi ini sedangkan saya sudah ada degree malahan post graduate diploma pun sudah dimiliki serta pekerjaan yang tetap dalam sektor kerajaan. Dengan mudah beliau menjawab, masa depan penuh dengan perkara yang berupa ketidakpastian (unpredictable). Beliau menambah lagi bahaw

Trend Pertunangan : Ikut bajet atau ...

Terdetik dalam benak fikiran saya sewaktu musim cuti persekolahan ni, ramai yang melangsungkan perkahwinan malahan ada juga yang membuat majlis pertunangan . Perkara sebegini memanglah sangat digalakkan dalam Islam apatah lagi gejala sosial yang semakin kronik dalam arus perdana melanda begitu hebatnya dari hari ke hari. Baiklah, point yang pertama merisik . Ini adalah step pertama yang biasanya orang Melayu buat sebelum pertunangan itu diadakan. Adat ini dikenali dengan wakil dari pihak lelaki datang bertandang ke rumah si perempuan dengan tujuan untuk mengetahui status perempuan tersebut samada ada "vacancy" atau "available" lagi ke tak?  Namun demikian, merisik ni terpulang kepada pihak perempuan sama ada perlu dibuat ataupun tidak . Wang? Ya, perlu sebab sebelum bertanya kena ada duit buka mulut. Hal ini berbeza antara negeri-negeri di Malaysia . Saya hanya menyatakan adat kebiasaan orang Melayu Sarawak sahaja. Tujuan merisik boleh dilihat seperti

Petunjuk Jalan Kekayaan

Tajuk buku: Petunjuk Jalan Kekayaan Penulis : Dr Rusly Abdullah Ph.D Tahun : 2004 Penerbit : Al-Ameen Serve holdings Sdn Bhd Komen: Tahniah saya ucapkan kepada penulis kerana berjaya menerbitkan sebuah lagi buku yang berkualiti dan bermutu . Saya menggemari teknik penulisan yang telah dilakukan oleh penulis. Secara tidak sedar, saya boleh menghabiskan buku ini dalam masa 1 hari sahaja. Antara huraian yang terdapat dalam buku ini ialah berkisar tentang kesusahan dan bebanan yang ditanggung oleh penulis tatkala bisness yang diusahakannya jatuh serta merubah kehidupannya sekeluarga. Perkara ini sering kita dengar akibat daripada perusahaan yang tidak mendatangkan keuntungan, sudah pasti bahana yang menunggu. Saya tertarik satu isi yang terdapat di dalam buku ini iaitu kekayaan bermula dengan menyimpan sebahagian pendapatan secara berterusan . Peribahasa Melayu ada menyatakan sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Namun , kita juga harus melihat secara mend

Zakat :Rukun Islam yang semakin dilupakan

Tajuk buku: Rakan zakat Anda ...Menyingkap hijab ilmu dan amalan yang telah lama terpinggir Penulis: Hj Abg Mohd Shibli B Abg Mohd Nailie Tahun: 2005 Penerbit: Hj Abg Mohd Shibli B Abg Mohd Nailie Komen: Sebuah buku yang harus dibaca oleh setiap masyarakat tanpa mengira latarbelakang pendidikan. Dont judge the book by its cover! Walaupun buku ini hanya memaparkan grafik yang biasa sahaja, namun isi kandungannya begitu bermanfaat untuk kita amati dan ambil iktibar. Kandungan yang terdapat di dalam buku ini merupakan hasil pemerhatian dan kejadian yang betul-betul berlaku dalam masyarakat kita. Sudah tentu bab zakat kurang diperkatakan oleh kita, namun penulis buku ini telah berjaya menyediakan suatu bahan pembacaan yang mudah untuk difahami dan digarap segala isi kandungannya. Bab-bab yang terkandung di dalam buku ini amat menarik sekali dan sudah tentu tajuk yang ingin diperkatakan tidak terlepas dari menyentuh sedikit sebanyak berkenaan dengan zakat. Antaranya

Orang Kaya Bertaqwa

Image
Tajuk buku: OKB! Orang Kaya Bertaqwa.. Kisah hidup dan renungan yang telus untuk mengenal erti dan mencapai hakikat kekayaan Penulis: Dr Rusli Abdullah Ph.D Tahun: 2006 Penerbit: Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd Komen: 5 bintang saya berikan kepada penulis buku ini!! Isi kandungan buku yang sarat dengan norma kehidupan seharian manusia . Menceritakan tentang liku-liku yang pernah ditempuhi oleh seorang penulis dalam mengejar impian untuk menjadi seorang yang berjaya. Konsep yang diperkenalkan di dalam buku ini telah membuka minda saya tentang betapa kerdilnya saya di dalam bidang perniagaan. Antara yang ingin saya sebutkan ialah mengeratkan silaturrahim (hubungan sesama manusia). Dalam perniagaan, kita tidak akan mampu berdiri dengan sendirinya jika tidak menjaga hubungan sesama manusia . Bahkan dalam budaya kerja syarikat di Jepun, mereka menganggap bahawa semua pihak adalah bertanggungjawab dalam membangunkan syarikat tersebut. Disamping itu, beberapa tips untuk

Jutawan Siber: Realiti atau Angan –angan?

Image
Tajuk buku: Klik untuk kaya 8 Rahsia Jutawan Siber untuk semua Penulis: Rosli Jamal Tahun: 2005 Penerbit: Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd Komen: Buku ini amat sesuai untuk bacaan awal da lam menceburi keusahawanan dalam bentuk siber. Secara keseluruhannya buku ini memberikan panduan secara berperingkat bagaimana untuk melakar kejayaan dalam dunia perniagaan berbentuk alam maya. Idea yang diberikan oleh penulis sangat mudah difahami dan contoh-contoh yang diberikan sangat mudah. Cuma idea tersebut haruslah diolah semula oleh pembaca atau usahawan agar mereka dapat menghasilkan produk yang mampu berdaya saing. Yang menariknya buku ini banyak memberikan url yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca . Walupun buku ini diterbitkan pada tahun 2005 (sekarang sudahpun 2010), saya percaya maklumat yang terdapat dalam buku ini masih ada lagi yang relevan. Sebagai tambahan, saya mencadangkan agar usahawan siber perlulah mengetahui bahawa pembinaan laman web (website) i